Middle Finger

Middle Finger

This blog is about writing things as it is, forget about other people's or your own genius! just write whatever that come to mind without any pre notion idea or care about syntax error or incomprehensible grammar or whatever just write what may!!

Friday, May 13, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa - part by part

BAB 1

Pendahuluan

Bismi 'l-lahi 'r-Rahmani 'r-Rahim

Alhamdulillahi Rabbil 'alamin: dengan nama Allah, Tuhan yang amat murah lagi yang amat mengasehani akan sekalian hamba-nya; segala puji bagi Allah, Tuhan sarwa sekalian 'alam; wassalatu wassalamu 'ala nabiyyihi, dan rahmat dan salam-nya atas yang diambil-nya akan nabi; Muhammadinil - ladzi la - nabbiya ba'dahu, adapun Nabi Muhammad ituyang tiada ada nabi kemudian; wa'ala alihi wasahbihil-ladzi yujahiduna bihamdihi, dan atas keluarga-nya dan segala sahabat-nya mereka itu-lah yang usahakan memuji dia; waba'du qala faqiru wabilfakhri wattaqsiri, kemudian daripada itu telah berkata fakir yang insaf akan lemah keadaan diri-nya dan singkat pengetahuan 'ilmunya; ada-lah pada suatu masa zaman Sultan Mu'adzam Shah ibni Sultan Mudzafal Shah yang maha mulia kerajaan negeri Kedah, pada suatu hari baginda keluar ka-penghadapan dihadapi oleh segala menteri hulubalang serta 'alim muta'alim. Maka fakir pun hadhirlah mengadap baginda penoh sesak di-penghadapan itu membicharakan negeri dan mengaji kitab. Sa-telah itu maka titah duli baginda yang mulia, junjongkan ka-atas jemala fakir demikian titah yang maha mulia, "Bahawa hamba pinta perbuatkan hikayat pada tuan, peri peratoran segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali supaya boleh di-ketahui oleh segala anak chuchu kita yang kemudian daripada kita ini serta di-kurniai dengan sejarahnya."
Sa-telah fakirul-ladzi tarakkaba 'ala jahili, maka fakir pun perkejap-lah diri pada mengusahakan dia. Shahadan memohonkan taufik-lah ke-hadzerat Tuhan sani-'ul-'alam dan meminta huruf kepada sayyidul anam dan meminta afwah kepada ka-empat sahabat yang akram. Hatta maka fakir pun mengarang-lah hikayat ini, maka di-namai akan dia Sulalat-ul-Salatin, ia-itu peratoran segala raja-raja; hadzihi dawirul-akhbar wa-gharurul-amthal, inilah mutia segala cheritera dan segala chahaya perumpamaan-nya. Maka barang siapa membacha dia janganlah dibicharakan lagi, terlalu amat sempurna bichara-nya; kerana hikayat ini tahu-lah kami akan perkataan kerana sabda Nabi Sallalallahu'alayhi-wassalam, "Tafakkaru fi zatulahi.", ya'ani bicharakan oleh mu pada segala kebesaran Allah, jangan kamu fikirkan pada zat Allah.

No comments: